Perniagaan francais mendatangkan pelbagai manfaat terhadap negara kita, terutamanya dari segi kegiatan ekonomi.Francais dapat merangsang pertumbuhan ekonomi menerusi peningkatan aktiviti keusahawanan. Selain itu, Membantu dalam pemindahan kepakaran, teknologi dan idea-idea baharu dalam produk dan perkhidmatan. Pelbagai bantuan kerajaan dalam pembangunan industri francais dalam meningkatkan dan mengembangkan industri francais. Prestasi Negara kita sangat membanggakan kerana saban tahun angka francaisor dan francaisi terus meningkat . Setakat ini, 61 francaisor telah mengembangkan perniagaan atau jenama mereka dengan 2,400 cawangan di 55 buah Negara. Di Malaysia, terdapat 1,123 francais yang berdaftar di bawah MFA, termasuk francaisor, francaisi utama, francaisi milik francaisor asing dan francaisor asing. Kita berbangga kerana terdapat banyak jenama francais Malaysia yang berjaya di seluruh dunia, khususnya di ASEAN, di antaranya ialah Marrybrown, Papparich, Secret Recipe, D Tandoor, Chicken Rice Shop, Kumon, Nelson s, Global Art & Creative, Smart Reader, Sports Planet, Tomei, Poney dan Q-Dees, katanya.Francais tempatan juga mempunyai potensi yang besar untuk meneroka pasaran antarabangsa memandangkan kini terdapat lebih 61 francais Malaysia di 55 buah Negara.
Cadangan
saya untuk meningkatkan usahawan di Malaysia ialah penglibatan dan pendedahan
seni perniagaan di peringkat sekolah rendah lagi supaya dapat menarik minat
pelajar dari kecil untuk melibatkan diri dalam dunia usahawan. Bak kata
pepatah, “melentur buluh dari rebungnya”.Dengan ini diharap Malaysia dapat
menjadi sebuah Negara yang maju dengan lahirnya ramai usahawan yang berjaya
dalam mencapai Wawasan 2020.
No comments:
Post a Comment