Thursday, July 28, 2016

5.0 Sistem Sokongan Oleh Kerajaan Dan Swasta Industri Francais Di Malaysia.


         Sokongan kerajaan tehadap industri francais adalah sejak 1900an lagi. Pembangunan industri francais di Malaysia sentiasa menjadi fokus kerajaan dalam usaha membantu usahawan tempatan berkembang melalui sistem francais.Pelbagai inisiatif juga telah diperkenalkan bagi menubuhkan infrastruktur sokongan untuk merancang, melaksana, membangun dan mengawal selia pembangunan francais serta memberikan bantuan dan kemudahan pembiayaan.

Antara pihak kerajaan yang banyak terlibat dalam pembangunan industri francais adalah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Objektif Bahagian Pembanguan Francais  adalah untuk memperkenalkan Sistem Francais sebagai salah satu strategi bagi membangunkan satu masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional, selain menambah bilangan usahawan francais bumiputera yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing; dan menggerakkan penglibatan bumiputera yang lebih aktif dalam perdagangan distributif khususnya sistem francais dan sektor perkhidmatan amnya yang mempunyai potensi untuk menghasilkan sumbangan yang lebih besar kepada pertumbuhan ekonomi negara. KPDNKK juga bertanggungjawab ke atas agensi-agensi yang sebelum ini terletak di bawah MeCD termasuk Perbadanan Nasional (PNS), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) serta pembangunan berkaitan francais dan vendor.
Manakala,PNS telah ditubuhkan di bawah KPDNKK dengan bermatlamat menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakaran dalam menyumbangkan perkhidmatan serta produk-produk yang berkualiti. PNS juga berperanan dalam mempelopori dan menerajui pertumbuhan industri francais negara demi merealisasikan matlamat bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang perniagaan francais.
Selain itu pihak swasta yang yang banyak dalam industri francais ialah Malaysian Franchise Association. Malaysian Franchise Association atau ringkasnya MFA telah ditubuhkan pada tahun 1994 untuk membantu usaha kerajaan dalam menggalak dan menambahkan bilangan usahawan yang terlibat dalam bidang francais. MFA bertindak sebagai pusat sumber maklumat kepada francaisor, francaisi, pihak media dan seterusnya orang ramai. MFA meletakkan para francaisor, bakal francaisor, master francaisi, bakal master francaisi, beberapa agensi kerajaan dan pihak berkuasa, bank, firma perakaunan, firma guaman, jururunding francais, pembekal dan vendor di bawah satu bumbung. MFA juga bertindak sebagai forum untuk ahli-ahli bertukar-tukar maklumat dan berkongsi pengalaman melalui pelaksanaan pelbagai program dan aktivitinya.
Pelbagai bentuk sokongan kerajaan terhadap industri francais yang merangkumi bantuan kewanagan dan bukan kewangan, Antaranya ialah:

5.1     Akta Francais 1998

      Kawalan Perniagaan francais di Malaysia adalah di bawah Akta Francais 1998. Akta ini terpakai bagi penjualan apa-apa francais di seluruh Malaysia.  Akta Francais 1998 (Akta 590) telah diwartakan pada 31 Disember 1998 bertujuan untuk mewujudkan mekanisme pengawalan dan pentadbiran bagi industri francais di Malaysia.  Akta ini meliputi penyeragaman operasi dan peraturan serta menawarkan perlindungan kepada pengamal francais . Akta Francais 1998 juga bagi memastikan industri berkenaan ditadbir dengan berkesan dan beretika.
Akta yang bertujuan untuk menyediakan proses lengkap bagi pendaftaran dan peraturan berhubung industri francais bagi memastikan berkembang secara sistematik untuk jangka masa panjang.Pengenalan peraturan ini adalah bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan suasana yang kondusif dalam industri francais. Secara umumnya, akta berkenaan merangkumi keseluruhan elemen dalam sistem francais bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat secara adil dan untuk jangka masa panjang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pihak yang terlibat dengan sistem ini perlu peka dan memahami setiap aspek sistem francais, antaranya tiga elemen paling penting iaitu Hak Harta Intelek, sistem operasi dan sistem sokongan berterusan.

5.2     Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN)

PIPFN telah merangka tiga fasa bagi membantu memajukan industri francais dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat francais di peringkat Asia Tenggara dan menembusi negara Timur Tengah pada tahun 2020.  Fasa 1 bermula dari 2012 hingga 2014 dan melibatkan pemantapan peserta francais dan rangka kerja pembangunan francais. Fasa 2 pula bermula dari 2015 hingga 2016 dan melibatkan usaha ke arah industri dalam negeri yang dinamik dan teguh selaras dengan visi PIPFN sementara Fasa 3 bermula dari 2017 hingga 2020 dan melibatkan  usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat francais.

5.3     Penyediaan Kemudahan Kewangan

           5.3.1    Skim Pembiayaan Francais (SPF)

KPDNKK dengan kerjasama Credit Guarantee Corporation (CGC) telah memperkenalkan SPF, khusus untuk membantu usahawan yang memerlukan kemudahan kredit dan jaminan kredit bagi mengembangkan perniagaan francais melalui pembiayaan menerusi institusi kewangan  CIMB Bank Berhad dan Maybank Berhad.

          5.3.2    Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF)

DBPF diadakan sebagai insentif bagi menggalakkan usahawan tempatan untuk menukarkan perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais. Melalui dana ini, perniagaan yang telah berjaya didaftarkan sebagai perniagaan francais (francaisor atau francaisi induk) layak diberikan geran dalam bentuk bayaran balik sehingga 90% dari kos yang digunakan untuk membangunkan sistem francais dengan had maksimum RM100,000.

           5.3.3    Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF)

SPKF bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kecil (micro-franchising) kepada francaisi tempatan yang berpendapatan kecil dan sederhana dengan pembiayaan maksimum sehingga RM50,000. Skim ini menyediakan pembiayaan perniagaan kepada bakal-bakal usahawan untuk menceburi bidang perniagaan francais secara mikro yang menawarkan satu model perniagaan yang teratur, sistematik dan kurang berisiko.
5.3.4    Bantuan kewangan yang disediakan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
Bantuan kewangan yang disediakan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS) pula adalah dalam bentuk  Pre-Franchise Scheme, Skim Francais Eksekutif, Skim Pembiayaan Francaisi, Franchise Micro Financing Scheme (SPKF), Graduate Franchise Programme

5.4     Program Pembangunan



                  Diantara program yang telah dibangunkan bagi memastikan perniagaan francais berkembang pesat:

          5.4.1    Program Pembangunan Francais (PPF)

PPF adalah satu program pemasaran berteraskan konsep Pensyarikatan Malaysia yang bertujuan membangunkan usahawan-usahawan kecil dan sederhana (UKS) di sektor perdagangan, perkhidmatan dan perindustrian. Pelaksanaan sistem francais memungkinkan penyertaan UKS ke dalam satu rangkaian perniagaan tempatan dan antarabangsa yang lebih besar dan risiko yang lebih rendah berbanding memulakan perniagaan sendiri. Di bawah PPF, syarikat induk atau francaisor memberikan hak pemasaran atau pengedaran yang komprehensif kepada UKS atau syarikat francaisi bagi menjalankan sebuah perniagaan yang berdaya maju dan kompetitif berdasarkan satu kontrak yang dipersetujui bersama untuk satu tempoh masa tertentu dan dijalankan pada suatu kawasan yang dikenalpasti.

         5.4.2    Program Pembangunan Francais Tempatan (PPFT)

Program Pembangunan ProdukFrancais Tempatan(PPFT) adalah satu program yang bertujuan untuk membantu usahawan Bumiputera tempatan yang mempunyai perniagaan atau produk tempatan yang berupaya untuk dikembangkan melalui sistem francais. Melalui program ini, pengusaha yang berkelayakan akan dibimbing dari peringkat awal sehingga pembukaan outlet prototaip, dengan kos bayaran perundingan dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

5.5     Promosi

Promosi francais yang dianjurkan di dalam dan luar negara. Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan untuk menarik minat orang ramai untuk membeli produk ataupun menjadi bakal francaisi dan francaisor.
Antara program mempromosikan francais adalah Francais Komuniti.Francais Komuniti adalah suatu inisiatif untuk mempromosikan francais mikro supaya lebih ramai dapat menceburkan diri dalam perniagaan francais yang bernilai bawah RM50,000. Untuk luar negara, kerajaan juga menyediakan kemudahan kepada francaisor tempatan menyertai ekspo francais antarabangsa di pasaran luar negara yang dikenalpasti sebagai pasaran sasaran iaitu Indonesia, China dan negara-negara Timur Tengah. Usaha membawa jenama francais tempatan ke persada antarabangsa telah menghasilkan kejayaan francais Malaysia untuk berkembang ke negara-negara itu.
Selain itu, FIM2016 merupakan pameran terbesar tahunan francais dan persidangan di Asia Tenggara dan satu-satunya acara francais secara rasmi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Persatuan Francais Malaysia (MFA).  FIM adalah wadah tumpuan peserta francais tempatan dan antarabangsa kerana menghimpunkan francais dari seluruh dunia untuk membincangkan isu-isu semasa dan strategi untuk membangunkan keusahawanan francais terutama dalam sektor runcit dan perkhidmatan. Ini adalah tempat yang sempurna untuk promosi produk tempatan kita ke peringkat antarabangsa.

5.6     Peranan dan Sokongan Pihak Lain.

Banyak peranan pihak lain dalam membangunkan francais di Malaysia, contohnya Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) membantu usahawan bumiputera dalam bidang Peruncitan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk mempromosi home-grown francaisor Malaysia ke pasaran luar negara melalui misi perdagangan antarabangsa. MATRADE juga bertanggungjawab menganjurkan program-program latihan untuk meningkatkan kemahiran pengeksport berkaitan pemasaran antarabangsa, mempromosi dan membantu dalam perkhidmatan berkaitan perdagangan serta melindungi kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar negara. SME Corp. adalah ‘pusat rujukan sehenti’ untuk PKS mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat berkaitan program-program pembangunan IKS. Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) dalam pembangunan piawaian Halal, audit dan pensijilan termasuk pembangunan kapasiti untuk produk dan perkhidmatan Halal. SME Bank Melalui segmentasi dan pemahaman yang lebih baik tentang keperluan kewangan dan bukan kewangan.
Senarai perunding francais yang aktif oleh pihak swasta adalah seperti Sprint Holdings Sdn Bhd, Smart Franchise Partner Sdn Bhd,  Enterprenuer Culture Inc. Franchise Channel Sdn Bhd, FT Consulting Sdn Bhd dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment