Thursday, July 28, 2016

7.0. Masa Hadapan Industri Francais Di Malaysia


        PADA 1993 di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan memperkenalkan industri francais.Kini industri tersebut dilihat semakin berkembang baik dengan penambahan jumlah usahawan yang menyertai industri berkenaan bahkan ia memberi sumbangan positif kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK), sekali gus pertumbuhan ekonomi Negara.

7.1     Objektif Bahagian Pembanguan Francais

Objektif Bahagian Pembanguan Francais adalah memperkenalkan Sistem Francais sebagai salah satu strategi bagi membangunkan satu Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional; Menambah bilangan usahawan Francais Bumiputera yang berdaya maju, berdaya tahan dan  Menggerakkan penglibatan Bumiputera yang lebih aktif dalam perdagangan distributif khususnya Sistem Francais dan sektor perkhidmatan amnya yang mempunyai potensi untuk menghasilkan sumbangan yang lebih besar kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Pembangunan industri francais di Malaysia sentiasa menjadi fokus kerajaan dalam usaha membantu usahawan tempatan berkembang melalui sistem francais.Pelbagai inisiatif juga telah diperkenalkan bagi menubuhkan infrastruktur sokongan untuk merancang, melaksana, membangun dan mengawal selia pembangunan francais serta memberikan bantuan dan kemudahan pembiayaan. Akta Francais 1998 juga digubal untuk memastikan perkembangan industri ini menjadi sihat dan terkawal.

7.2     Tujuan PIPFN

PIPFN juga bertujuan memperluaskan fokus dari sektor tradisional (makanan dan minuman, pakaian, kesihatan dan kecantikan) kepada sektor baru yang tersenarai dalam Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) seperti pelajaran, produk dan perkhidmatan hijau, pelancongan-kesihatan, produk dan perkhidmatan mematuhi syariah untuk menembusi pasaran Timur Tengah dan negara Islam serta negara lain yang mempunyai pasaran berpotensi.
PIPFN telah merangka tiga fasa bagi membantu memajukan industri francais dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat francais di peringkat Asia Tenggara dan menembusi negara Timur Tengah pada tahun 2020.  Fasa 1 bermula dari 2012 hingga 2014 dan melibatkan pemantapan peserta francais dan rangka kerja pembangunan francais. Fasa 2 pula bermula dari 2015 hingga 2016 dan melibatkan usaha ke arah industri dalam negeri yang dinamik dan teguh selaras dengan visi PIPFN sementara Fasa 3 bermula dari 2017 hingga 2020 dan melibatkan  usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat francais.

7.3     Harapan Kerajaan

Pihak kerajaan berharap industri francais di negara ini lebih belajar untuk berdikari dan berdiri sendiri serta kurang pergantungan terhadap kerajaan dalam mengawal aktiviti-aktiviti francais. Kementerian juga berharap lebih banyak penyertaan usahawan dalam industri francais tempatan terutama daripada pihak koperasi yang dilihat mempunyai kapasiti dan peluang yang besar untuk berkembang dalam industri ini. Selain itu, diharapkan lebih banyak sektor khusus (niche) akan dieksplorasi oleh usahawan francaisor tempatan seperti pelancongan perubatan, ekopelancongan, produk dan perkhidmatan pematuhan syariah dan teknologi hijau. Diharap inisiatif yang dijalankan ini dapat membantu hasrat kerajaan untuk meningkatkan pendapatan per kapita Malaysia ke arah mencapai negara berpendapatan tinggi.

No comments:

Post a Comment