Dalam Islam ada disebut, sembilan daripada 10 pintu rezeki itu datangnya daripada berniaga. Falsafah masyarakat Cina pula berbunyi: “Dunia perniagaan penuh dengan sepak terajangnya. Oleh itu, peniaga perlu mempersiapkan dirinya dengan seni kung fu perniagaan bagi menghadapi sebarang bentuk serangan dan kemungkinan mendatang.” Kedua-dua falsafah ini menunjukkan bahawa kepentingan berniaga amat ditekankan oleh setiap ajaran di dunia kerana ia mampu memberi kesenangan meskipun terdapat banyak cabaran dan risiko yang mendatang.
Bagi usahawan francais yang berjaya Suhaime Mokhtar, 34,
penglibatannya dalam bidang perniagaan itu mempunyai berkaitan dengan minatnya
terhadap pembuatan kopi. Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai Pengurus Latihan
di Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang bertanggungjawab memberi latihan dan
kursus kepada para barista, francaisor atau francaisi yang berdaftar dengan
syarikat tersebut. Kejayaan beliau adalah semangat beliau apabila dicabar
membuka perniagaan sendiri, berbanding menjadi pengurus latihan yang hanya
petah berkata-kata. Walaupun pernah gagal dalam perniagaan namun beliau berjaya
sehingga beliau berupaya menguruskan tiga buah cawangan Gloria Jean’s Coffees
termasuk di Dataran Maybank, Bangsar, Kuala Lumpur dan Bank HSBC, Cyberjaya
serta sebuah lagi yang dijangka dibuka di KPJ Seremban. Saudara Suhaime juga ingin menasihati para usahawan yang ingin
berjinak-jinak dalam dunia perniagaan francais bahawa banyak bantuan dan
bimbingan disediakan pelbagai agensi kerajaan seperti PNS.
Dalam kisah
saudara kita tersebut menunjukkan bahawa kecekalan, minat yang mendalam dan kegigihan amat penting untuk berjaya. Ini
kerana dalam industri francais terdapat cabaran dan halangan kepada usahawan
yang melibatkan francaisi mahupun francaisor. Contohnya pemilihan perniagaan
dalam masyarakat majmuk di Malaysia amnya.
Sokongan
kerajaan tehadap industri francais adalah sejak 1900an lagi. Pembangunan
industri francais di Malaysia sentiasa menjadi fokus kerajaan dalam usaha
membantu usahawan tempatan berkembang melalui Pelan Induk Pembangunan Francais
Nasional (PIPFN). Kemudahan
kewangan dan program pembangunan banyak
dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK), Perbadanan Nasional (PNS) malah oleh
pihak Malaysian
Franchise Association. Kesannya, kita berbangga jenama francais Malaysia yang berjaya di seluruh
dunia, khususnya di ASEAN, di antaranya ialah Marrybrown, Papparich, Secret
Recipe, D Tandoor, Chicken Rice Shop, Kumon, Nelson s, Global Art & Creative,
Smart Reader, Sports Planet, Tomei, Poney dan Q-Dees.
Selain itu, Sebanyak 1,000 jenama francais dijangka berdaftar
dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
menjelang hujung tahun ini dan dijangka menyumbang RM28 bilion kepada Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK).
1.1 Pihak –Pihak Yang Terlibat Dalam Perniagaan Francais
Menurut Norita Deraman (2010), Dua pihak atau pemain
utama dalam system francais iaitu francaisor dan francaisi.
1.1.1 Francaisor
Francaisor ialah pemberi francais yang dikenali
sebagai penjual francais. Bedasarkan Akta Francais 1998, francaisor adalah
orang yang memberikan francais kepada francaisi dan francaisi induk.
1.1.2 Francaisi
Francaisi ialah penerima atau pemegang francais.
Francaisi juga ialah pembeli francais. Bedasarkan Akta Francais 1998, francaisi
adalah orang yang francais diberikan dan termasuk francaisi induk serta
subfrancaisi. Francisor memberi hak kepada francaisi induk menjalankan
perniagaan.
1.2 Konsep Perniagaan Francais
Konsep perniagaan ini adalah boleh di dominasi dalam berbagai cara. Pada
prinsipnya ia merupakan satu hubungan perniagaan secara
kontrak di antara dua pihak (francaisor dan francaisi) yang ditubuhkan untuk
mengagihkan atau mengedarkan barangan dan perkhidmatan melalui
"outlets" tertentu untuk satu jangkamasa yang ditentukan atau tiada
had jangkamasa. Ianya berdasarkan satu perjanjian di mana francaisor
menganugerahkan francaisi hak untuk menggunakan berbagai proses alat
kelengkapan, sistem beroperasi dan nama baik (goodwill) francaisor di dalam
mengeluar, menjual dan mengedarkan barangan dari jenama (trademark) perniagaan
tertentu.
Kedua-dua pihak secara ekonominya adalah saling bergantung antara satu sama lain meskipun mereka adalah "business entity" yang berasingan maka, francaisor perlu membekalkan kepada francaisi dengan kepakaran mengelolakan perniagaan melalui latihan dan penyediakan manual operasi yang komprehensif. Francaisor dan francaisi akan bersama-sama mengawal kualiti barangan dan prosedur beroperasi demi nama baik tanda niaga.
Kedua-dua pihak secara ekonominya adalah saling bergantung antara satu sama lain meskipun mereka adalah "business entity" yang berasingan maka, francaisor perlu membekalkan kepada francaisi dengan kepakaran mengelolakan perniagaan melalui latihan dan penyediakan manual operasi yang komprehensif. Francaisor dan francaisi akan bersama-sama mengawal kualiti barangan dan prosedur beroperasi demi nama baik tanda niaga.
No comments:
Post a Comment