Perniagaan secara francais adalah perniagaan yang berdasarkan perkongsian pintar dan hubungan win-win antara francaisor dan francaisi.Sistem perniagaan francais juga mempunyai cabaran dan halangan kepada dua pihak tersebut iaitu dari perpektif francaisor dan francaisi.
6.1 Halangan dan cabaran francaisi.
Antara
halangan dan cabaran francaisi menurut Norita Deraman et al,(2010) ialah :
6.1.1 Bayaran yuran francaisi dan royalty
Yuran francais tidak selalunya murah
kerana francai yang ternama sudah pasti akan mengenakan yuran yang tinggi
kepada francaisi. Yuran francais tersebut mungkin tidak termasuk kos-kos lain
yang dikenakan oleh sesuatu pihak francaisor.
Kebanyakan francaisor meminta
bayaran 25-50 peratus daripada kos permulaan dalam bentuk tunai. Walaupun
francaisi telah membayar yuran francais tetapi kos sebenar untuk memulakan
perniagaan melebihi yuran francais. Contohnya yuran francais yang dibayar
kepada francaisor adalah sebanyak RM75 000 tetapi kos sebenar untuk memulakan
perniagaan melebihi RM200 000.
Selain itu francaisi juga membayar
royalty kepada francaisor. Bayaran tersebut adalah bedasarkan peratusan jualan
francaisi antara 3-7 peratus. Malah yuran ini perlu dibayar walaupun outlet
francaisi tidak menguntungkan.
6.1.2 Kawalan dan piawaian oleh francaisor
Francaisi kebiasaan adalah terikat
pada perjanjian francais dan perlu mematuhi peraturan system operasi yang
ditetapkan. Francaisor menetapkan piawaian, kawalan, peraturan dan
syarat-syarat dalam aspek operasi francais untuk menjaminkeeragaman produk dan
perkhidmatan. Contohnya jika syarat-syarat francais tidak dipatuhi kemungkinan
lesen francais tidak akan disambung apabila tempoh perjanjian telah tamat.
6.1.3 Kebebasan yang terhad
Francaisi tidak mempunyai pilihan
dalam pembelian barangan bekalan seperti bahan mentah, penyelenggaraan mesin,
dan peralatan. Francaisi perlu mendapatkan sumber tersebut daripada francaisor.
Begitu juga dengan penjualan produk yang perlu berdasarkan produk francais
sahaja.
6.1.4 Program latihan yang tidak mantap
Kualiti
latihan yang dikendalikan oleh francaisor dalam industri francais adalah tidak
sama. Ini kerana hasil latihan yang tidak memadai dan memuaskantetapi dengan
kos yang tingi.Ini boleh mengurangkan dan melemahkan semangat francaisi.
6.1.5 Perlu bergantung kepada francaisor
Francaisi sangat bergantung kepada
francaisor dalam banyak perkara antaranya ialah pembekalan bahan mentah,
penyelanggaraan peralatan mesin, usaha penyelidikan dan kajian, bimbingan
pengurusan dan promosi peringkat kebangsaan.
6.1.6 Sukar untuk keluar daripada sistem francais
Sekiranya
francaisi mendapati outletnya tidak mendatangkan keuntungan ataupun sudah tidak
berminat untuk meneruskan perniagaan , francaisi tidak dapat keluar daripada
sistem francais dengan mudah. Ini kerana Francaisi telah membayar yuran
francaisi dalam tempoh tertentu dan terdapat peraturan francaisi tidak boleh
menjalankan perniagaan yang sama untuk tempoh tertentuselepas menarik diri.
6.1.7 Janji yang tidak ditunaikan
Terdapat kes-kes francaisor tidak
menunaikan janji-janji yang dibuat kepada francaisi , lazimnya kes sebegini
terjadi dalam kalangan francais yang kurang ternama.
6.1.8 Penjejasan imej francaisi
Imej perniagaan francais akan
terjejas sekirangya terdapat francais yang gagal menjaga prestasi perniagaan
tersebut. Contohnya jika terdapat satu francaisi yang bermasalah , ini akan
menjejaskan outlet francaisi yang lain.
6.2 Halangan dan cabaran francaisor
Antara
halangan dan cabaran francaisor menurut Norita Deraman et al,(2010) ialah :
6.2.1 Kekurangan kawalan
Francaisor
tidak dapat mengawal sepenuhnya perniagaanyang dijalankan oleh francaisi
memandangkan francaisi bukan pekerja kepada francaisor.
6.2.2 Masa, tenaga, dan kos yang tinggi
Bukan
mudah untuk membangunkan suatu model perniagaan yang berdaya maju untuk
difrancaiskan kerana memerlukan masa yang panjang, tenaga yang banyak dan kos
yang tinggi.
6.2.3 Kesukaran dalam proses pemilihan francaisi
Proses
pemilihan francaisi adalah sukar kerana untuk memastikan perlantikan yang
dibuat kepada orang yang benar-benar layak.
6.2.4 Peningkatan dalam kos sokongan operasi
Kos
sokongan adalah seperti perakaunan dan servis perundangan adalah tinggi
berbanding organisasi perniagaan berpusat.
6.2.5 Risiko ditiru dan diduplikasikan
Perkongsian
francaisor-francaisi juga memungkinkan perkongsian rahsia perniagaan (trade
secret) ditiru dan diduplikasikan.
6.2.6 Memerlukan penyeliaan yang berkesan
Francaisor
memerlukan perkhidmatan sokongan serta pasukan pengurusan dan pengawalseliaan
yang berkesan kerana perniagaan francais melibatkan rangkaian perniagaan yang
besar dan outlet yang banyak.
6.2.7 Perlu berkongsi keuntungan
Tidak
semua keuntungan dalam perniagaan francais diperolehi oleh francaisor.
Sebahagian daripada keuntungan dimiliki oleh francaisi. Kegagalan sebuah outlet
francais menjejaskan keseluruhan sistem francais. Ini kerana kelemahan dan
kegagalan sebuah outlet melambangkan kelemahan keseluruhan rangkaian perniagaan.
6.2.8 Masalah pembayaran royalty
Sekiranya
tidak ada satu kaedah yang mantap dan berkesan untk mendapatkan bayaran royalty
daripada francaisi, francaisor akan menghadapi kesukaran dan masalah untuk
mendapatkan bayaran tersebut.
6.2..9 Keengganan menerima perubahan
Keadaan
pasaran adalah berubah dari semasa ke semasa, maka francaisor perlu berubah
mengikut keadaan dan persaingan yang dihadapi. Maka ini memerlukan kos yang
tinggi untuk tujuan tersebut.
6.2.10 Pertelingkahan antara francaisor dan francaisi
Pertelingkahan
antara francaisor dan francaisi adalah sering terjadi dibandingkan syarikat
yang berkembang melalui perniagaan outlet sendiri.
6.2.11 Penjejasan imej francaisor
Kegagalan
sebuah outlet francais menjejaskan keseluruhan sistem francais. Ini kerana
kelemahan dan kegagalan sebuah outlet melambangkan kelemahan keseluruhan
rangkaian perniagaan. Ini akan menjejaskan outlet yang lain.
No comments:
Post a Comment