Thursday, July 28, 2016

4.0. Tahap Pembangunan Industri Francais Di Malaysia.


Menyingkap kembali tirai industri francais lebih 20 tahun yang lalu. Industri ini yang mempunyai potensi yang cukup besar ini kurang diberikan perhatian. Malah dianggap sebagai satu sektor yang asing berbanding sektor lain. Oleh itu pelbagai inisiatif kerajaan untuk memajukan industri francais di Malaysia kesan aliran tunai di dalam negara mengalir keluar melalui yuran francais serta bayaran royalti setiap tahun kepada francaisor asing.
Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) 2012-2016

Melihat kepada senario ini, kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengorak langkah mewujudkan Program Pembangunan Francais (PPF) pada 4 Ogos 1992, di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Jabatan Perdana Menteri. Antara pelan tindakan di bawah PPF termasuklah menubuhkan Persatuan Francais Malaysia (MFA) pada 18 Januari 1994 dengan tujuan untuk mengawal selia industri ini secara dalaman (self regulatory) dan penggubalan Akta Francais Malaysia 1998. Seterusnya pada awal tahun 2012, kerajaan mengambil inisiatif pemacu untuk membangunkan industri francais di Malaysia dengan merangka Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) 2012-2016. PIPFN ini merangkumi aspek meningkatkan daya saing francais Malaysia di dalam dan di luar negara, melaksanakan transformasi perniagaan melalui francais, membangunkan kecekapan modal insan serta mengukuhkan ekosistem francais yang lebih dinamik.



Sejajar dengan pelaksanaan PIPFN ini, pihak kerajaan telah mempercepatkan proses pendaftaran francais dan MyFEX direka bertujuan untuk memberikan keselesaan dan memudahcarakan proses permohonan baru lesen francais. Peruntukan juga telah disediakan untuk mempromosikan francais tempatan Malaysia melalui pelbagai program seperti Franchise Malaysia Goes Global, membangun dan mengembangkan francais mikro melalui Francais Komuniti, 1Malaysia Stesen Francais serta menyediakan kemudahan pinjaman khas untuk francais mikro; Skim Pinjaman Kecil Francais. Ini adalah antara inisiatif yang telah diambil untuk menyempurnakan visi dan misi PIPFN ini.

No comments:

Post a Comment