Thursday, July 28, 2016

1.0 Pengenalan


          Dalam Islam ada disebut, sembilan daripada 10 pintu rezeki itu datangnya daripada berniaga. Falsafah masyarakat Cina pula berbunyi: “Dunia perniagaan penuh dengan sepak terajangnya. Oleh itu, peniaga perlu mempersiapkan dirinya dengan seni kung fu perniagaan bagi menghadapi sebarang bentuk serangan dan kemungkinan mendatang.” Kedua-dua falsafah ini menunjukkan bahawa kepentingan berniaga amat ditekankan oleh setiap ajaran di dunia kerana ia mampu memberi kesenangan meskipun terdapat banyak cabaran dan risiko yang mendatang.


Bagi usahawan francais yang berjaya Suhaime Mokhtar, 34, penglibatannya dalam bidang perniagaan itu mempunyai berkaitan dengan minatnya terhadap pembuatan kopi. Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai Pengurus Latihan di Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang bertanggungjawab memberi latihan dan kursus kepada para barista, francaisor atau francaisi yang berdaftar dengan syarikat tersebut. Kejayaan beliau adalah semangat beliau apabila dicabar membuka perniagaan sendiri, berbanding menjadi pengurus latihan yang hanya petah berkata-kata. Walaupun pernah gagal dalam perniagaan namun beliau berjaya sehingga beliau berupaya menguruskan tiga buah cawangan Gloria Jean’s Coffees termasuk di Dataran Maybank, Bangsar, Kuala Lumpur dan Bank HSBC, Cyberjaya serta sebuah lagi yang dijangka dibuka di KPJ Seremban. Saudara Suhaime juga ingin menasihati para usahawan yang ingin berjinak-jinak dalam dunia perniagaan francais bahawa banyak bantuan dan bimbingan disediakan pelbagai agensi kerajaan seperti PNS.




            Dalam kisah saudara kita tersebut menunjukkan bahawa kecekalan, minat yang mendalam dan kegigihan amat penting untuk berjaya. Ini kerana dalam industri francais terdapat cabaran dan halangan kepada usahawan yang melibatkan francaisi mahupun francaisor. Contohnya pemilihan perniagaan dalam masyarakat majmuk di Malaysia amnya.
Sokongan kerajaan tehadap industri francais adalah sejak 1900an lagi. Pembangunan industri francais di Malaysia sentiasa menjadi fokus kerajaan dalam usaha membantu usahawan tempatan berkembang melalui Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN). Kemudahan kewangan dan  program pembangunan banyak dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Perbadanan Nasional (PNS) malah oleh pihak Malaysian Franchise Association. Kesannya, kita berbangga  jenama francais Malaysia yang berjaya di seluruh dunia, khususnya di ASEAN, di antaranya ialah Marrybrown, Papparich, Secret Recipe, D Tandoor, Chicken Rice Shop, Kumon, Nelson s, Global Art & Creative, Smart Reader, Sports Planet, Tomei, Poney dan Q-Dees.
Selain itu, Sebanyak 1,000 jenama francais dijangka berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjelang hujung tahun ini dan dijangka menyumbang RM28 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).





1.1     Pihak –Pihak Yang Terlibat Dalam Perniagaan Francais

     Menurut Norita Deraman (2010), Dua pihak atau pemain utama dalam system francais iaitu francaisor dan francaisi.

1.1.1    Francaisor

      Francaisor ialah pemberi francais yang dikenali sebagai penjual francais. Bedasarkan Akta Francais 1998, francaisor adalah orang yang memberikan francais kepada francaisi dan francaisi induk.

1.1.2    Francaisi

     Francaisi ialah penerima atau pemegang francais. Francaisi juga ialah pembeli francais. Bedasarkan Akta Francais 1998, francaisi adalah orang yang francais diberikan dan termasuk francaisi induk serta subfrancaisi. Francisor memberi hak kepada francaisi induk menjalankan perniagaan.

1.2     Konsep Perniagaan Francais

      Konsep perniagaan ini adalah boleh di dominasi dalam berbagai cara. Pada prinsipnya ia merupakan satu hubungan perniagaan secara kontrak di antara dua pihak (francaisor dan francaisi) yang ditubuhkan untuk mengagihkan atau mengedarkan barangan dan perkhidmatan melalui "outlets" tertentu untuk satu jangkamasa yang ditentukan atau tiada had jangkamasa. Ianya berdasarkan satu perjanjian di mana francaisor menganugerahkan francaisi hak untuk menggunakan berbagai proses alat kelengkapan, sistem beroperasi dan nama baik (goodwill) francaisor di dalam mengeluar, menjual dan mengedarkan barangan dari jenama (trademark) perniagaan tertentu. 
     Kedua-dua pihak secara ekonominya adalah saling bergantung antara satu sama lain meskipun mereka adalah "business entity" yang berasingan maka, francaisor perlu membekalkan kepada francaisi dengan kepakaran mengelolakan perniagaan melalui latihan dan penyediakan manual operasi yang komprehensif. Francaisor dan francaisi akan bersama-sama mengawal kualiti barangan dan prosedur beroperasi demi nama baik tanda niaga.

2.0 Sejarah Pembangunan Industri Francais Pada Peringkat Global Dan Malaysia.


2.1     Sejarah Francais di Peringkat Global

Perkataan francais adalah berasal daripada perkataan Perancis, franco yang bermaksud kebebasan. Walaupun perkataan tersebut berasal daripada Perancis tetapi industri francais dikatakan bermula di Eropah dan dikembangkan dengan pesatnya di Amerika Syarikat lebih 100 tahun yang lalu. Menurut Noraini Ibrahim (2002), terdapat tiga peringkat utama perkembangan dalam industry francais.



Peringkat pertama adalah bermula pada ke-18( 1701 hingga 1800), yang bermula di Jerman apabila pemilik bir dari Jerman yang menggunakan jenama Bir Spaten mengenakan cas terhadap menggunakan nama jenama bir tersebut kepada penjual-penjual  bir tersebut. Dan jenama bir tersebut masih wujud sehingga kini.





Pada peringkat kedua iaitu kurun abad ke-19 (1801 hingga 1900), adalah merupakan bermulanya francais moden di mana McCormick Harvesting Machine Company dan Singer Sewing Machine Company telah memulakan sistem francais di dalam pengedaran barangan mesin jahit keluaran syarikat mereka di sekitar tahun 1850-an. Singer Sewing Machine Company telah mula memberi lesen hak pengedaran produk Singer kepada syarikat-syarikat individu sebagai ejen pengedaran mesin keluaran Singer di kawasan pasaran . Ini diikuti oleh General Motors bagi industri automotif di Amerika Syarikat yang menjalankan pemasaran kereta menerusi pelantikan pengedar francais.





Peringkat ketiga pada kurun ke-20 (1900 dan 1999), sejarah perkembangan perniagaan francais mula dikenali dalam pasaran global. ini didahului oleh Restoren A&W apabila memulakan operasinya yang menggunakan format perniagaan francais. Bermula dari detik itu, perniagaan berbentuk francais ini terus berkembang, John S. Pemberton telah menemui ramuan ubat lalu memperkenalkannya. Beliau kemudian mengubahnya menjadi minuman ringan dan membekalkannya dalam bentuk sirap kepada syarikat-syarikat pembotolan tempatan Amerika Syarikat. Usaha ini berjaya mewujudkan satu rangkaian francais minuman yang terbesar berjenama Coca-Cola. Kejayaan ini telah menjadi pemangkin kepada kewujudan syarikat lain seperti Pepsi-Cola dan Seven-Up.



Senario ini diteruskan dengan penemuan yang dianggap klasik, McDonald's oleh Ray Kroc pada tahun 1955, memulakan sejarah moden sistem perniagaan francais. Kini rangkaian McDonald's telah menembusi pasaran di seluruh dunia dan menjadi gaya hidup masyarakat moden. Di samping itu, pada masa yang hampir sama Kolonel Harlan Sanders telah mempelopori Kentucky Fried Chicken, diikuti oleh rangkaian restoran makanan segera yang lain seperti Burger King, A&W, Pizza Hut dan lain-lain. Walaupun perniagaan francais seringkali dikaitkan rangkaian makanan segera, namun realiti hari ini, dari segi nilai jualan, hampir dua pertiga daripada jualan francais sebenarnya disumbangkan oleh industri bukan berasaskan makanan segera.
Sistem francais kemudiannya menjadi popular dan dianggap sebagai satu penemuan global yang inovatif dalam strategi pemasaran, yang melangkaui keperluan pengguna dan sempadan negara. Sebagaimana yang dinyatakan oleh pengarang Megatrends, John Naisbitt,  franchising is the single most successful marketing concept ever (sistem francais adalah satu-satunya konsep pemasaran yang paling berjaya).


Berdasarkan laporan World Franchise Council (WFC) pada tahun 2013 yang lalu, beberapa negara telah mencatatkan peningkatan terbaik di dalam sektor francais. Dicatatkan sektor francais di Jepun telah menyumbang kepada nilai jualan sekitar USD225 bilion (RM752.67 bilion) setahun dengan 1,260 sistem francais dengan lebih 230,000 francaisi. Di Brazil, terdapat 2,426 sistem francais dengan lebih 104,543 francaisi dengan nilai jualan lebih USD51 billion (RM170.61 bilion) setahun. Diikuti Perancis dengan 1,658 sistem francais dengan lebih 65,000 francaisi dengan nilai jualan lebih 60 bilion Euro (RM270.72 bilion) setahun. Jerman mempunyai 985 sistem francais dan lebih 72,000 francaisi dengan nilai jualan lebih 61.2 bilion Euro (RM276.13) setahun dan Afrika Selatan mempunyai 668 sistem francais dan lebih 30,000 francaisi dengan nilai jualan lebih USD31 bilion (103.13 bilion) setahun.(Utusan Melayu 2014)

2.2     Sejarah Francais di Malaysia

Industri francais di Malaysia dikatakan bermula daripada  sistem pawah, sistem pawah ini selalunya digunakan di dalam pemberian hak mengusahakan tanah pertanian atau pun ternakan. Menerusi sistem ini, pemilik tanah pertanian mahu pun ternakan akan memberi hak kepada pengusaha untuk mengusahakan tanah pertanian atau memelihara binatang ternakan mereka.Sebagai habuan, kedua-dua pihak akan menikmati bahagian masing-masing hasil perkongsian ini, berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Hubungan pawah ini selalunya tidak berasaskan apa-apa perjanjian bertulis, namun kadang-kadang berlanjutan sehingga beberapa generasi. (Awalan Abdul Aziz,2001)
Restoran makanan segera yang terkenal di seluruh dunia, McDonald's, telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia pada 1982. Restoran yang beralamat di lot 120-120A, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu diuruskan oleh Golden Arches Restaurants Sdn Bhd.




Perniagaan francais di Malaysia telah bermula kira-kira 60 tahun yang lalu dipelopori syarikat-syarikat seperti Bata, Singer, stesen-stesen minyak, pengedar-pengedar automobil dan perhotelan. Sistem francais berbentuk format perniagaan diperkenalkan pada tahun 1963 apabila A&W telah membuka outlet pertamanya di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.Ini diikuti dengan kemasukan restoran –restoran makanan segera seperti KFC dan McDonald’s yang mula beroperasi di Malaysia pada 70an dan awal 80an. Perniagaan berbentuk francais mula popular di Malaysia apabila Program Pembangunan Francais dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1992 dan selepas Persatuan Francais Malaysia ditubuhkan pada tahun 1994. Senario ini berterusan dengan pertumbuhan lebih banyak produk dan perkhidmatan yang menggunakan pendekatan sistem francais, termasuk sektor berkaitan automotif (jualan kereta, pusat servis, perkhidmatan tayar, jualan alat ganti dan aksesori), kedai buku, fesyen dan pakaian, kedai runcit, salun dan kosmetik, agensi pelancongan dan penyewaan kereta, barangan kemas, percetakan, kedai gambar, optometri, farmasi, perkhidmatan kebersihan dan lain-lain. (Norita Deraman,2010).

Setakat ini, 61 francaisor telah mengembangkan perniagaan atau jenama mereka dengan 2,400 cawangan di 55 buah Negara Di Malaysia, terdapat 1,123 francais yang berdaftar di bawah MFA, termasuk francaisor, francaisi utama, francaisi milik francaisor asing dan francaisor asing. Semasa ucapan Bajet 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM20 juta di bawah Penambahan Skim Pembangunan Francais (EFDP) melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan MFA. EFDP adalah penambahan Program Pembangunan Francais (FDP), yang diasaskan untuk memupuk dan menggalakkan pertumbuhan eksport francais ke luar negara. (Bernama 2016)

3.0 Kepentingan Industri Francais Terhadap Pembangunan Ekonomi Dan Sosial.


        Bidang keusahawanan seperti francais banyak menyumbang faedah kepada individu , masyarakat dan Negara kita. Maka tidak hairanlah kerajaan memberi sokongan penuh kepada usahawan ini dari setiap aspek untuk memastikan bidang ini terus maju dan berkembang. Di sini dijelaskan tentang kepentingan industri francais terhadap pembangunan ekonomi dan sosial kepada individu, masyarakat dan Negara. (Norita Deraman et al 2010).

3.1     Sumbangan kepada individu


Francais dianggap seorang usahawan yang dapat mencetus idea yang membawa kepada penghasilan sesuatu produk atau perkhidmatan sama ada yang baru atau yang telah ditambah nilainya. Dengan francais juga teknologi dari luar dapat memberi idea kepada diri supaya lebih kreatif dan inovasi.Ini juga dapat membantu masyarakat dengan produk yang dihasilkan. Selain itu dapat membentuk ciri-ciri personality usahawan yang berjaya. Antara ciri-ciri tersebut adalah komitmen dan berazam untuk berjaya, berinisiatif dan bertanggungjawab, sentiasa melihat dan merebut peluang yang ada, berfikiran kriatif dan berinovasi dan banyak lagi.
Selain itu dalam melibatkan diri dalam francais, dapat memperolehi rezeki yang mencukupi di samping kehidupan yang selesa. Bidang ini juga memberi status dan imej yang tinggi dan masa depan yang cerah kepada usahawan.
"Sehubungan itu, kita mahu mereka menceburi bidang ini kerana ia mampu menghasilkan keuntungan yang lumayan. Kerajaan memandang serius perkembangan industri ini dan kita menyediakan bantuan dalam bentuk pinjaman modal dan juga khidmat nasihat kepada mana-mana usahawan yang berminat," ujar Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan dan Pengurusan) kementerian itu, Datuk Basaruddin Sadali semasa menyempurnakan Majlis Penutup Program Francais Komuniti Zon Timur 2014 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC)

3.2     Sumbangan kepada masyarakat


Francais memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat . Seseorang usahawan tersebut dapat meningkatkan dan memudahkan kualiti kehidupan melalui penemuan-penemuan baharu bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. Kepelbagaian produk atau perkhidmatan akan meluaskan pilihan dan penawaran terhadap cita rasa pengguna yang pelbagai. Selain itu menyediakan pekerjaan yang baharu dan sekaligus meningkatkan pendapatan kepada masyarakat. Ini dapat membantu kepada ekonomi masyarakat .
Francais juga terlibat dengan aktiviti sosial untuk membantu masyarakat, ini terbukti apabila sebuah syarikat francais milik Pakar Dialysis Traktif Sdn Bhd yang menyediakan perkhidmatan rawatan buah pinggang secara percuma di mana segala kos rawatan pesakit diuruskan oleh pihak syarikat melalui dana dan tajaan seperti pusat zakat, badan kebajikan dan pertubuhan lain.

3.3     Sumbangan kepada Negara


Perniagaan francais mendatangkan pelbagai manfaat terhadap sesebuah Negara, terutamanya dari segi kegiatan ekonomi..Francais dapat merangsang pertumbuhan ekonomi menerusi peningkatan aktiviti keusahawanan. Selain itu, Membantu dalam pemindahan kepakaran, teknologi dan idea-idea produk dan perkhidmatan dalam membantu masyarakat .Francais juga menggalakkan perdagangan antarabangsa menerusi pakej-pakej perlantikan francais induk oleh francaisor tempatan, sekaligus menyumbang kearah pemantapan pertukaran mata wang Negara. Industri francais banyak   menyediakan peluang perniagaan dan menyediakan peluang pekerjaan . Dengan penghasilan produk yang berkualiti , ia dapat meningkatkan nama Malaysia kepada dunia, dengan ini lebih banyak Negara yang akan melabur di Negara kita.

            Ini terbukti apabila Program 'Franchise Malaysia Goes Global' berjaya mengembangkan perniagaan 60 syarikat francais tempatan di 55 buah negara menerusi kewujudan 2,380 premis ke serata dunia ini membuktikan syarikat francais Malaysia juga mampu bersaing dan berdiri sama tinggi dengan syarikat francais luar Negara dan industri francais negara menyumbang sebanyak RM25.6 bilion atau 2.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun 2014.

4.0. Tahap Pembangunan Industri Francais Di Malaysia.


Menyingkap kembali tirai industri francais lebih 20 tahun yang lalu. Industri ini yang mempunyai potensi yang cukup besar ini kurang diberikan perhatian. Malah dianggap sebagai satu sektor yang asing berbanding sektor lain. Oleh itu pelbagai inisiatif kerajaan untuk memajukan industri francais di Malaysia kesan aliran tunai di dalam negara mengalir keluar melalui yuran francais serta bayaran royalti setiap tahun kepada francaisor asing.
Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) 2012-2016

Melihat kepada senario ini, kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengorak langkah mewujudkan Program Pembangunan Francais (PPF) pada 4 Ogos 1992, di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Jabatan Perdana Menteri. Antara pelan tindakan di bawah PPF termasuklah menubuhkan Persatuan Francais Malaysia (MFA) pada 18 Januari 1994 dengan tujuan untuk mengawal selia industri ini secara dalaman (self regulatory) dan penggubalan Akta Francais Malaysia 1998. Seterusnya pada awal tahun 2012, kerajaan mengambil inisiatif pemacu untuk membangunkan industri francais di Malaysia dengan merangka Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) 2012-2016. PIPFN ini merangkumi aspek meningkatkan daya saing francais Malaysia di dalam dan di luar negara, melaksanakan transformasi perniagaan melalui francais, membangunkan kecekapan modal insan serta mengukuhkan ekosistem francais yang lebih dinamik.



Sejajar dengan pelaksanaan PIPFN ini, pihak kerajaan telah mempercepatkan proses pendaftaran francais dan MyFEX direka bertujuan untuk memberikan keselesaan dan memudahcarakan proses permohonan baru lesen francais. Peruntukan juga telah disediakan untuk mempromosikan francais tempatan Malaysia melalui pelbagai program seperti Franchise Malaysia Goes Global, membangun dan mengembangkan francais mikro melalui Francais Komuniti, 1Malaysia Stesen Francais serta menyediakan kemudahan pinjaman khas untuk francais mikro; Skim Pinjaman Kecil Francais. Ini adalah antara inisiatif yang telah diambil untuk menyempurnakan visi dan misi PIPFN ini.

5.0 Sistem Sokongan Oleh Kerajaan Dan Swasta Industri Francais Di Malaysia.


         Sokongan kerajaan tehadap industri francais adalah sejak 1900an lagi. Pembangunan industri francais di Malaysia sentiasa menjadi fokus kerajaan dalam usaha membantu usahawan tempatan berkembang melalui sistem francais.Pelbagai inisiatif juga telah diperkenalkan bagi menubuhkan infrastruktur sokongan untuk merancang, melaksana, membangun dan mengawal selia pembangunan francais serta memberikan bantuan dan kemudahan pembiayaan.

Antara pihak kerajaan yang banyak terlibat dalam pembangunan industri francais adalah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Objektif Bahagian Pembanguan Francais  adalah untuk memperkenalkan Sistem Francais sebagai salah satu strategi bagi membangunkan satu masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional, selain menambah bilangan usahawan francais bumiputera yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing; dan menggerakkan penglibatan bumiputera yang lebih aktif dalam perdagangan distributif khususnya sistem francais dan sektor perkhidmatan amnya yang mempunyai potensi untuk menghasilkan sumbangan yang lebih besar kepada pertumbuhan ekonomi negara. KPDNKK juga bertanggungjawab ke atas agensi-agensi yang sebelum ini terletak di bawah MeCD termasuk Perbadanan Nasional (PNS), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) serta pembangunan berkaitan francais dan vendor.
Manakala,PNS telah ditubuhkan di bawah KPDNKK dengan bermatlamat menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakaran dalam menyumbangkan perkhidmatan serta produk-produk yang berkualiti. PNS juga berperanan dalam mempelopori dan menerajui pertumbuhan industri francais negara demi merealisasikan matlamat bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang perniagaan francais.
Selain itu pihak swasta yang yang banyak dalam industri francais ialah Malaysian Franchise Association. Malaysian Franchise Association atau ringkasnya MFA telah ditubuhkan pada tahun 1994 untuk membantu usaha kerajaan dalam menggalak dan menambahkan bilangan usahawan yang terlibat dalam bidang francais. MFA bertindak sebagai pusat sumber maklumat kepada francaisor, francaisi, pihak media dan seterusnya orang ramai. MFA meletakkan para francaisor, bakal francaisor, master francaisi, bakal master francaisi, beberapa agensi kerajaan dan pihak berkuasa, bank, firma perakaunan, firma guaman, jururunding francais, pembekal dan vendor di bawah satu bumbung. MFA juga bertindak sebagai forum untuk ahli-ahli bertukar-tukar maklumat dan berkongsi pengalaman melalui pelaksanaan pelbagai program dan aktivitinya.
Pelbagai bentuk sokongan kerajaan terhadap industri francais yang merangkumi bantuan kewanagan dan bukan kewangan, Antaranya ialah:

5.1     Akta Francais 1998

      Kawalan Perniagaan francais di Malaysia adalah di bawah Akta Francais 1998. Akta ini terpakai bagi penjualan apa-apa francais di seluruh Malaysia.  Akta Francais 1998 (Akta 590) telah diwartakan pada 31 Disember 1998 bertujuan untuk mewujudkan mekanisme pengawalan dan pentadbiran bagi industri francais di Malaysia.  Akta ini meliputi penyeragaman operasi dan peraturan serta menawarkan perlindungan kepada pengamal francais . Akta Francais 1998 juga bagi memastikan industri berkenaan ditadbir dengan berkesan dan beretika.
Akta yang bertujuan untuk menyediakan proses lengkap bagi pendaftaran dan peraturan berhubung industri francais bagi memastikan berkembang secara sistematik untuk jangka masa panjang.Pengenalan peraturan ini adalah bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan suasana yang kondusif dalam industri francais. Secara umumnya, akta berkenaan merangkumi keseluruhan elemen dalam sistem francais bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat secara adil dan untuk jangka masa panjang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pihak yang terlibat dengan sistem ini perlu peka dan memahami setiap aspek sistem francais, antaranya tiga elemen paling penting iaitu Hak Harta Intelek, sistem operasi dan sistem sokongan berterusan.

5.2     Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN)

PIPFN telah merangka tiga fasa bagi membantu memajukan industri francais dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat francais di peringkat Asia Tenggara dan menembusi negara Timur Tengah pada tahun 2020.  Fasa 1 bermula dari 2012 hingga 2014 dan melibatkan pemantapan peserta francais dan rangka kerja pembangunan francais. Fasa 2 pula bermula dari 2015 hingga 2016 dan melibatkan usaha ke arah industri dalam negeri yang dinamik dan teguh selaras dengan visi PIPFN sementara Fasa 3 bermula dari 2017 hingga 2020 dan melibatkan  usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat francais.

5.3     Penyediaan Kemudahan Kewangan

           5.3.1    Skim Pembiayaan Francais (SPF)

KPDNKK dengan kerjasama Credit Guarantee Corporation (CGC) telah memperkenalkan SPF, khusus untuk membantu usahawan yang memerlukan kemudahan kredit dan jaminan kredit bagi mengembangkan perniagaan francais melalui pembiayaan menerusi institusi kewangan  CIMB Bank Berhad dan Maybank Berhad.

          5.3.2    Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF)

DBPF diadakan sebagai insentif bagi menggalakkan usahawan tempatan untuk menukarkan perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais. Melalui dana ini, perniagaan yang telah berjaya didaftarkan sebagai perniagaan francais (francaisor atau francaisi induk) layak diberikan geran dalam bentuk bayaran balik sehingga 90% dari kos yang digunakan untuk membangunkan sistem francais dengan had maksimum RM100,000.

           5.3.3    Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF)

SPKF bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kecil (micro-franchising) kepada francaisi tempatan yang berpendapatan kecil dan sederhana dengan pembiayaan maksimum sehingga RM50,000. Skim ini menyediakan pembiayaan perniagaan kepada bakal-bakal usahawan untuk menceburi bidang perniagaan francais secara mikro yang menawarkan satu model perniagaan yang teratur, sistematik dan kurang berisiko.
5.3.4    Bantuan kewangan yang disediakan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
Bantuan kewangan yang disediakan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS) pula adalah dalam bentuk  Pre-Franchise Scheme, Skim Francais Eksekutif, Skim Pembiayaan Francaisi, Franchise Micro Financing Scheme (SPKF), Graduate Franchise Programme

5.4     Program Pembangunan



                  Diantara program yang telah dibangunkan bagi memastikan perniagaan francais berkembang pesat:

          5.4.1    Program Pembangunan Francais (PPF)

PPF adalah satu program pemasaran berteraskan konsep Pensyarikatan Malaysia yang bertujuan membangunkan usahawan-usahawan kecil dan sederhana (UKS) di sektor perdagangan, perkhidmatan dan perindustrian. Pelaksanaan sistem francais memungkinkan penyertaan UKS ke dalam satu rangkaian perniagaan tempatan dan antarabangsa yang lebih besar dan risiko yang lebih rendah berbanding memulakan perniagaan sendiri. Di bawah PPF, syarikat induk atau francaisor memberikan hak pemasaran atau pengedaran yang komprehensif kepada UKS atau syarikat francaisi bagi menjalankan sebuah perniagaan yang berdaya maju dan kompetitif berdasarkan satu kontrak yang dipersetujui bersama untuk satu tempoh masa tertentu dan dijalankan pada suatu kawasan yang dikenalpasti.

         5.4.2    Program Pembangunan Francais Tempatan (PPFT)

Program Pembangunan ProdukFrancais Tempatan(PPFT) adalah satu program yang bertujuan untuk membantu usahawan Bumiputera tempatan yang mempunyai perniagaan atau produk tempatan yang berupaya untuk dikembangkan melalui sistem francais. Melalui program ini, pengusaha yang berkelayakan akan dibimbing dari peringkat awal sehingga pembukaan outlet prototaip, dengan kos bayaran perundingan dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

5.5     Promosi

Promosi francais yang dianjurkan di dalam dan luar negara. Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan untuk menarik minat orang ramai untuk membeli produk ataupun menjadi bakal francaisi dan francaisor.
Antara program mempromosikan francais adalah Francais Komuniti.Francais Komuniti adalah suatu inisiatif untuk mempromosikan francais mikro supaya lebih ramai dapat menceburkan diri dalam perniagaan francais yang bernilai bawah RM50,000. Untuk luar negara, kerajaan juga menyediakan kemudahan kepada francaisor tempatan menyertai ekspo francais antarabangsa di pasaran luar negara yang dikenalpasti sebagai pasaran sasaran iaitu Indonesia, China dan negara-negara Timur Tengah. Usaha membawa jenama francais tempatan ke persada antarabangsa telah menghasilkan kejayaan francais Malaysia untuk berkembang ke negara-negara itu.
Selain itu, FIM2016 merupakan pameran terbesar tahunan francais dan persidangan di Asia Tenggara dan satu-satunya acara francais secara rasmi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Persatuan Francais Malaysia (MFA).  FIM adalah wadah tumpuan peserta francais tempatan dan antarabangsa kerana menghimpunkan francais dari seluruh dunia untuk membincangkan isu-isu semasa dan strategi untuk membangunkan keusahawanan francais terutama dalam sektor runcit dan perkhidmatan. Ini adalah tempat yang sempurna untuk promosi produk tempatan kita ke peringkat antarabangsa.

5.6     Peranan dan Sokongan Pihak Lain.

Banyak peranan pihak lain dalam membangunkan francais di Malaysia, contohnya Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) membantu usahawan bumiputera dalam bidang Peruncitan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk mempromosi home-grown francaisor Malaysia ke pasaran luar negara melalui misi perdagangan antarabangsa. MATRADE juga bertanggungjawab menganjurkan program-program latihan untuk meningkatkan kemahiran pengeksport berkaitan pemasaran antarabangsa, mempromosi dan membantu dalam perkhidmatan berkaitan perdagangan serta melindungi kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar negara. SME Corp. adalah ‘pusat rujukan sehenti’ untuk PKS mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat berkaitan program-program pembangunan IKS. Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) dalam pembangunan piawaian Halal, audit dan pensijilan termasuk pembangunan kapasiti untuk produk dan perkhidmatan Halal. SME Bank Melalui segmentasi dan pemahaman yang lebih baik tentang keperluan kewangan dan bukan kewangan.
Senarai perunding francais yang aktif oleh pihak swasta adalah seperti Sprint Holdings Sdn Bhd, Smart Franchise Partner Sdn Bhd,  Enterprenuer Culture Inc. Franchise Channel Sdn Bhd, FT Consulting Sdn Bhd dan banyak lagi.

6.0. Cabaran / Halangan Yang Dihadapi Oleh Francaisi Dan Francaisor Di Malaysia.


        Perniagaan secara francais adalah perniagaan yang berdasarkan perkongsian pintar dan hubungan win-win antara francaisor dan francaisi.Sistem perniagaan francais juga mempunyai cabaran dan halangan kepada dua pihak tersebut iaitu dari perpektif francaisor dan francaisi.




6.1       Halangan dan cabaran francaisi.

Antara halangan dan cabaran francaisi menurut Norita Deraman et al,(2010) ialah :

6.1.1    Bayaran yuran francaisi dan royalty
            Yuran francais tidak selalunya murah kerana francai yang ternama sudah pasti akan mengenakan yuran yang tinggi kepada francaisi. Yuran francais tersebut mungkin tidak termasuk kos-kos lain yang dikenakan oleh sesuatu pihak francaisor.
            Kebanyakan francaisor meminta bayaran 25-50 peratus daripada kos permulaan dalam bentuk tunai. Walaupun francaisi telah membayar yuran francais tetapi kos sebenar untuk memulakan perniagaan melebihi yuran francais. Contohnya yuran francais yang dibayar kepada francaisor adalah sebanyak RM75 000 tetapi kos sebenar untuk memulakan perniagaan melebihi RM200 000.
            Selain itu francaisi juga membayar royalty kepada francaisor. Bayaran tersebut adalah bedasarkan peratusan jualan francaisi antara 3-7 peratus. Malah yuran ini perlu dibayar walaupun outlet francaisi tidak menguntungkan.

6.1.2    Kawalan dan piawaian oleh francaisor
            Francaisi kebiasaan adalah terikat pada perjanjian francais dan perlu mematuhi peraturan system operasi yang ditetapkan. Francaisor menetapkan piawaian, kawalan, peraturan dan syarat-syarat dalam aspek operasi francais untuk menjaminkeeragaman produk dan perkhidmatan. Contohnya jika syarat-syarat francais tidak dipatuhi kemungkinan lesen francais tidak akan disambung apabila tempoh perjanjian telah tamat.

6.1.3    Kebebasan yang terhad
            Francaisi tidak mempunyai pilihan dalam pembelian barangan bekalan seperti bahan mentah, penyelenggaraan mesin, dan peralatan. Francaisi perlu mendapatkan sumber tersebut daripada francaisor. Begitu juga dengan penjualan produk yang perlu berdasarkan produk francais sahaja.

6.1.4    Program latihan yang tidak mantap
Kualiti latihan yang dikendalikan oleh francaisor dalam industri francais adalah tidak sama. Ini kerana hasil latihan yang tidak memadai dan memuaskantetapi dengan kos yang tingi.Ini boleh mengurangkan dan melemahkan semangat francaisi.

6.1.5    Perlu bergantung kepada francaisor
        Francaisi sangat bergantung kepada francaisor dalam banyak perkara antaranya ialah pembekalan bahan mentah, penyelanggaraan peralatan mesin, usaha penyelidikan dan kajian, bimbingan pengurusan dan promosi peringkat kebangsaan.

6.1.6    Sukar untuk keluar daripada sistem francais
Sekiranya francaisi mendapati outletnya tidak mendatangkan keuntungan ataupun sudah tidak berminat untuk meneruskan perniagaan , francaisi tidak dapat keluar daripada sistem francais dengan mudah. Ini kerana Francaisi telah membayar yuran francaisi dalam tempoh tertentu dan terdapat peraturan francaisi tidak boleh menjalankan perniagaan yang sama untuk tempoh tertentuselepas menarik diri.

6.1.7    Janji yang tidak ditunaikan
         Terdapat kes-kes francaisor tidak menunaikan janji-janji yang dibuat kepada francaisi , lazimnya kes sebegini terjadi dalam kalangan francais yang kurang ternama.

6.1.8    Penjejasan imej francaisi
          Imej perniagaan francais akan terjejas sekirangya terdapat francais yang gagal menjaga prestasi perniagaan tersebut. Contohnya jika terdapat satu francaisi yang bermasalah , ini akan menjejaskan outlet francaisi yang lain.     


6.2     Halangan dan cabaran francaisor

Antara halangan dan cabaran francaisor menurut Norita Deraman et al,(2010) ialah :
6.2.1    Kekurangan kawalan
Francaisor tidak dapat mengawal sepenuhnya perniagaanyang dijalankan oleh francaisi memandangkan francaisi bukan pekerja kepada francaisor.

6.2.2    Masa, tenaga, dan kos yang tinggi
Bukan mudah untuk membangunkan suatu model perniagaan yang berdaya maju untuk difrancaiskan kerana memerlukan masa yang panjang, tenaga yang banyak dan kos yang tinggi.

6.2.3    Kesukaran dalam proses pemilihan francaisi
Proses pemilihan francaisi adalah sukar kerana untuk memastikan perlantikan yang dibuat kepada orang yang benar-benar layak.

6.2.4    Peningkatan dalam kos sokongan operasi
Kos sokongan adalah seperti perakaunan dan servis perundangan adalah tinggi berbanding organisasi perniagaan berpusat.

6.2.5    Risiko ditiru dan diduplikasikan
Perkongsian francaisor-francaisi juga memungkinkan perkongsian rahsia perniagaan (trade secret) ditiru dan diduplikasikan.

6.2.6    Memerlukan penyeliaan yang berkesan
Francaisor memerlukan perkhidmatan sokongan serta pasukan pengurusan dan pengawalseliaan yang berkesan kerana perniagaan francais melibatkan rangkaian perniagaan yang besar dan outlet yang banyak.

6.2.7    Perlu berkongsi keuntungan
       Tidak semua keuntungan dalam perniagaan francais diperolehi oleh francaisor. Sebahagian daripada keuntungan dimiliki oleh francaisi. Kegagalan sebuah outlet francais menjejaskan keseluruhan sistem francais. Ini kerana kelemahan dan kegagalan sebuah outlet melambangkan kelemahan keseluruhan rangkaian perniagaan. 

6.2.8    Masalah pembayaran royalty
Sekiranya tidak ada satu kaedah yang mantap dan berkesan untk mendapatkan bayaran royalty daripada francaisi, francaisor akan menghadapi kesukaran dan masalah untuk mendapatkan bayaran tersebut.

6.2..9   Keengganan menerima perubahan
Keadaan pasaran adalah berubah dari semasa ke semasa, maka francaisor perlu berubah mengikut keadaan dan persaingan yang dihadapi. Maka ini memerlukan kos yang tinggi untuk tujuan tersebut.

6.2.10  Pertelingkahan antara francaisor dan francaisi
Pertelingkahan antara francaisor dan francaisi adalah sering terjadi dibandingkan syarikat yang berkembang melalui perniagaan outlet sendiri.

6.2.11  Penjejasan imej francaisor
Kegagalan sebuah outlet francais menjejaskan keseluruhan sistem francais. Ini kerana kelemahan dan kegagalan sebuah outlet melambangkan kelemahan keseluruhan rangkaian perniagaan. Ini akan menjejaskan outlet yang lain.