Bidang keusahawanan seperti francais banyak menyumbang faedah kepada individu , masyarakat dan Negara kita. Maka tidak hairanlah kerajaan memberi sokongan penuh kepada usahawan ini dari setiap aspek untuk memastikan bidang ini terus maju dan berkembang. Di sini dijelaskan tentang kepentingan industri francais terhadap pembangunan ekonomi dan sosial kepada individu, masyarakat dan Negara. (Norita Deraman et al 2010).
3.1 Sumbangan kepada individu
Francais
dianggap seorang usahawan yang dapat mencetus idea yang membawa kepada
penghasilan sesuatu produk atau perkhidmatan sama ada yang baru atau yang telah
ditambah nilainya. Dengan francais juga teknologi dari luar dapat memberi idea
kepada diri supaya lebih kreatif dan inovasi.Ini juga dapat membantu masyarakat
dengan produk yang dihasilkan. Selain itu dapat membentuk ciri-ciri personality
usahawan yang berjaya. Antara ciri-ciri tersebut adalah komitmen dan berazam
untuk berjaya, berinisiatif dan bertanggungjawab, sentiasa melihat dan merebut
peluang yang ada, berfikiran kriatif dan berinovasi dan banyak lagi.
Selain
itu dalam melibatkan diri dalam francais, dapat memperolehi rezeki yang
mencukupi di samping kehidupan yang selesa. Bidang ini juga memberi status dan
imej yang tinggi dan masa depan yang cerah kepada usahawan.
"Sehubungan itu, kita mahu mereka menceburi bidang ini
kerana ia mampu menghasilkan keuntungan yang lumayan. Kerajaan memandang serius
perkembangan industri ini dan kita menyediakan bantuan dalam bentuk pinjaman
modal dan juga khidmat nasihat kepada mana-mana usahawan yang berminat,"
ujar Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan dan Pengurusan) kementerian itu,
Datuk Basaruddin Sadali semasa menyempurnakan
Majlis Penutup Program Francais Komuniti Zon Timur 2014 di Pusat Dagangan
Terengganu (TTC)
3.2 Sumbangan kepada masyarakat
Francais
memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat . Seseorang usahawan tersebut
dapat meningkatkan dan memudahkan kualiti kehidupan melalui penemuan-penemuan
baharu bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. Kepelbagaian produk atau
perkhidmatan akan meluaskan pilihan dan penawaran terhadap cita rasa pengguna
yang pelbagai. Selain itu menyediakan pekerjaan yang baharu dan sekaligus
meningkatkan pendapatan kepada masyarakat. Ini dapat membantu kepada ekonomi
masyarakat .
Francais
juga terlibat dengan aktiviti sosial untuk membantu masyarakat, ini terbukti
apabila sebuah syarikat francais milik Pakar
Dialysis Traktif Sdn Bhd yang menyediakan perkhidmatan rawatan buah pinggang
secara percuma di mana segala kos rawatan pesakit diuruskan oleh pihak syarikat
melalui dana dan tajaan seperti pusat zakat, badan kebajikan dan pertubuhan
lain.
3.3 Sumbangan kepada Negara
Perniagaan
francais mendatangkan pelbagai manfaat terhadap sesebuah Negara, terutamanya
dari segi kegiatan ekonomi..Francais dapat merangsang pertumbuhan ekonomi
menerusi peningkatan aktiviti keusahawanan. Selain itu, Membantu dalam
pemindahan kepakaran, teknologi dan idea-idea produk dan perkhidmatan dalam
membantu masyarakat .Francais juga menggalakkan perdagangan antarabangsa
menerusi pakej-pakej perlantikan francais induk oleh francaisor tempatan,
sekaligus menyumbang kearah pemantapan pertukaran mata wang Negara. Industri
francais banyak menyediakan peluang
perniagaan dan menyediakan peluang pekerjaan . Dengan penghasilan produk yang
berkualiti , ia dapat meningkatkan nama Malaysia kepada dunia, dengan ini lebih
banyak Negara yang akan melabur di Negara kita.
Ini terbukti apabila Program 'Franchise
Malaysia Goes Global' berjaya mengembangkan perniagaan 60 syarikat francais
tempatan di 55 buah negara menerusi kewujudan 2,380 premis ke serata dunia ini
membuktikan syarikat francais Malaysia juga mampu bersaing dan berdiri sama
tinggi dengan syarikat francais luar Negara dan industri francais negara
menyumbang sebanyak RM25.6 bilion atau 2.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) negara pada tahun 2014.
No comments:
Post a Comment