Thursday, July 28, 2016

2.0 Sejarah Pembangunan Industri Francais Pada Peringkat Global Dan Malaysia.


2.1     Sejarah Francais di Peringkat Global

Perkataan francais adalah berasal daripada perkataan Perancis, franco yang bermaksud kebebasan. Walaupun perkataan tersebut berasal daripada Perancis tetapi industri francais dikatakan bermula di Eropah dan dikembangkan dengan pesatnya di Amerika Syarikat lebih 100 tahun yang lalu. Menurut Noraini Ibrahim (2002), terdapat tiga peringkat utama perkembangan dalam industry francais.



Peringkat pertama adalah bermula pada ke-18( 1701 hingga 1800), yang bermula di Jerman apabila pemilik bir dari Jerman yang menggunakan jenama Bir Spaten mengenakan cas terhadap menggunakan nama jenama bir tersebut kepada penjual-penjual  bir tersebut. Dan jenama bir tersebut masih wujud sehingga kini.





Pada peringkat kedua iaitu kurun abad ke-19 (1801 hingga 1900), adalah merupakan bermulanya francais moden di mana McCormick Harvesting Machine Company dan Singer Sewing Machine Company telah memulakan sistem francais di dalam pengedaran barangan mesin jahit keluaran syarikat mereka di sekitar tahun 1850-an. Singer Sewing Machine Company telah mula memberi lesen hak pengedaran produk Singer kepada syarikat-syarikat individu sebagai ejen pengedaran mesin keluaran Singer di kawasan pasaran . Ini diikuti oleh General Motors bagi industri automotif di Amerika Syarikat yang menjalankan pemasaran kereta menerusi pelantikan pengedar francais.





Peringkat ketiga pada kurun ke-20 (1900 dan 1999), sejarah perkembangan perniagaan francais mula dikenali dalam pasaran global. ini didahului oleh Restoren A&W apabila memulakan operasinya yang menggunakan format perniagaan francais. Bermula dari detik itu, perniagaan berbentuk francais ini terus berkembang, John S. Pemberton telah menemui ramuan ubat lalu memperkenalkannya. Beliau kemudian mengubahnya menjadi minuman ringan dan membekalkannya dalam bentuk sirap kepada syarikat-syarikat pembotolan tempatan Amerika Syarikat. Usaha ini berjaya mewujudkan satu rangkaian francais minuman yang terbesar berjenama Coca-Cola. Kejayaan ini telah menjadi pemangkin kepada kewujudan syarikat lain seperti Pepsi-Cola dan Seven-Up.



Senario ini diteruskan dengan penemuan yang dianggap klasik, McDonald's oleh Ray Kroc pada tahun 1955, memulakan sejarah moden sistem perniagaan francais. Kini rangkaian McDonald's telah menembusi pasaran di seluruh dunia dan menjadi gaya hidup masyarakat moden. Di samping itu, pada masa yang hampir sama Kolonel Harlan Sanders telah mempelopori Kentucky Fried Chicken, diikuti oleh rangkaian restoran makanan segera yang lain seperti Burger King, A&W, Pizza Hut dan lain-lain. Walaupun perniagaan francais seringkali dikaitkan rangkaian makanan segera, namun realiti hari ini, dari segi nilai jualan, hampir dua pertiga daripada jualan francais sebenarnya disumbangkan oleh industri bukan berasaskan makanan segera.
Sistem francais kemudiannya menjadi popular dan dianggap sebagai satu penemuan global yang inovatif dalam strategi pemasaran, yang melangkaui keperluan pengguna dan sempadan negara. Sebagaimana yang dinyatakan oleh pengarang Megatrends, John Naisbitt,  franchising is the single most successful marketing concept ever (sistem francais adalah satu-satunya konsep pemasaran yang paling berjaya).


Berdasarkan laporan World Franchise Council (WFC) pada tahun 2013 yang lalu, beberapa negara telah mencatatkan peningkatan terbaik di dalam sektor francais. Dicatatkan sektor francais di Jepun telah menyumbang kepada nilai jualan sekitar USD225 bilion (RM752.67 bilion) setahun dengan 1,260 sistem francais dengan lebih 230,000 francaisi. Di Brazil, terdapat 2,426 sistem francais dengan lebih 104,543 francaisi dengan nilai jualan lebih USD51 billion (RM170.61 bilion) setahun. Diikuti Perancis dengan 1,658 sistem francais dengan lebih 65,000 francaisi dengan nilai jualan lebih 60 bilion Euro (RM270.72 bilion) setahun. Jerman mempunyai 985 sistem francais dan lebih 72,000 francaisi dengan nilai jualan lebih 61.2 bilion Euro (RM276.13) setahun dan Afrika Selatan mempunyai 668 sistem francais dan lebih 30,000 francaisi dengan nilai jualan lebih USD31 bilion (103.13 bilion) setahun.(Utusan Melayu 2014)

2.2     Sejarah Francais di Malaysia

Industri francais di Malaysia dikatakan bermula daripada  sistem pawah, sistem pawah ini selalunya digunakan di dalam pemberian hak mengusahakan tanah pertanian atau pun ternakan. Menerusi sistem ini, pemilik tanah pertanian mahu pun ternakan akan memberi hak kepada pengusaha untuk mengusahakan tanah pertanian atau memelihara binatang ternakan mereka.Sebagai habuan, kedua-dua pihak akan menikmati bahagian masing-masing hasil perkongsian ini, berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Hubungan pawah ini selalunya tidak berasaskan apa-apa perjanjian bertulis, namun kadang-kadang berlanjutan sehingga beberapa generasi. (Awalan Abdul Aziz,2001)
Restoran makanan segera yang terkenal di seluruh dunia, McDonald's, telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia pada 1982. Restoran yang beralamat di lot 120-120A, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu diuruskan oleh Golden Arches Restaurants Sdn Bhd.




Perniagaan francais di Malaysia telah bermula kira-kira 60 tahun yang lalu dipelopori syarikat-syarikat seperti Bata, Singer, stesen-stesen minyak, pengedar-pengedar automobil dan perhotelan. Sistem francais berbentuk format perniagaan diperkenalkan pada tahun 1963 apabila A&W telah membuka outlet pertamanya di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.Ini diikuti dengan kemasukan restoran –restoran makanan segera seperti KFC dan McDonald’s yang mula beroperasi di Malaysia pada 70an dan awal 80an. Perniagaan berbentuk francais mula popular di Malaysia apabila Program Pembangunan Francais dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1992 dan selepas Persatuan Francais Malaysia ditubuhkan pada tahun 1994. Senario ini berterusan dengan pertumbuhan lebih banyak produk dan perkhidmatan yang menggunakan pendekatan sistem francais, termasuk sektor berkaitan automotif (jualan kereta, pusat servis, perkhidmatan tayar, jualan alat ganti dan aksesori), kedai buku, fesyen dan pakaian, kedai runcit, salun dan kosmetik, agensi pelancongan dan penyewaan kereta, barangan kemas, percetakan, kedai gambar, optometri, farmasi, perkhidmatan kebersihan dan lain-lain. (Norita Deraman,2010).

Setakat ini, 61 francaisor telah mengembangkan perniagaan atau jenama mereka dengan 2,400 cawangan di 55 buah Negara Di Malaysia, terdapat 1,123 francais yang berdaftar di bawah MFA, termasuk francaisor, francaisi utama, francaisi milik francaisor asing dan francaisor asing. Semasa ucapan Bajet 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM20 juta di bawah Penambahan Skim Pembangunan Francais (EFDP) melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan MFA. EFDP adalah penambahan Program Pembangunan Francais (FDP), yang diasaskan untuk memupuk dan menggalakkan pertumbuhan eksport francais ke luar negara. (Bernama 2016)

No comments:

Post a Comment